Categories: Berita

Suzuki V-Strom 1050 DE 2023 baharu dilancar di Eropah

SUZUKI V-STROM AKAN TERSEDIA DI PENGEDAR MULAI TAHUN DEPAN BERSAMA 1050 STANDARD.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Suzuki telah melancar Suzuki V-Strom 1050 DE (Dual Explorer) 2023 di Eropah yang didatangkan dengan pelbagai peningkatan terkini.

Menurut Suzuki, varian 1050 DE ini akan menggantikan 1050 XT mulai 2023. Suzuki V-Strom 1050 DE didatangkan dengan tayar hadapan bersaiz 21 inci bagi meningkatkan tahap kesesuaian semasa tunggangan luar jalan.

Bahagian ‘swingarm’ juga lebih panjang daripada 1050 XT, meningkatkan jarak antara tayar (wheelbase). Seterusnya, Suzuki V-Strom 1050 DE juga menawarkan pelepasan tanah yang lebih baik, 190mm berbanding 165mm yang ditawarkan oleh V-Strom 1050 XT dengan tayar hadapan 19″.

Jarak suspensi Kayaba juga telah meningkat sebanyak 10mm di depan dan belakang dan kini menawarkan pergerakan 170mm.

Related Post

Selain itu, Suzuki turut menaik taraf pakej elektronik pada masa sama menyaksikan V-Strom 1050 DE menawarkan mod ‘Gravel’ dipadankan dengan sistem IMU terkini.

Sistem ABS pada varian 1050 DE ini juga boleh dimatikan sepenuhnya dan merupakan tetapan terbaru daripada Bosch.

Bukan itu sahaja, malah Suzuki V-Strom 1050 DE ini turut hadir dengan skrin TFT 5″ menggantikan paparan digital LCD yang terdapat pada 1050 XT. Model ini juga dilengkapi dengan fungsi ‘quickshifter’ sebagai standard.

Buat masa ini Suzuki V-Strom 1050 XT ditawarkan pada harga sekitar RM81,900 untuk pasaran Malaysia.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah