Categories: Berita

Kawasaki Ninja 650 dan Z650 2023 dapat fungsi ‘kawalan traction’

KEMASKINI YANG PALING BESAR BAGI KEDUA-DUA MOTOSIKAL ADALAH PENAMBAHAN SISTEM KAWALAN TRACTION DUA PERINGKAT (KTRC).

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kawasaki telah menaik taraf dua model 650ccnya, Ninja 650 dan Z650 dengan fungsi ‘kawalan traction’ untuk 2023.

Kedua-dua model kini didatangkan dengan tiga tahap Kawalan Traction Kawasaki (KTRC) yang boleh dilaraskan mengikut keperluan.

Dalam mod 1, sistem akan mengukur kadar putaran tayar untuk meningkatkan tahap cengkaman apabila masuk dan keluar selekoh. Sementara itu, mod 2 boleh diaktifkan jika menunggang di atas permukaan licin – jalan basah, berpasir dan berbatu. Mod 2 akan memastikan ‘kawalan traction’ bertindak lebih pantas untuk mengimbangi motosikal.

Related Post

Bagi mereka yang ingin cabaran dan tunggangan lasak terutamanya di litar, pengguna juga boleh menyahaktifkan KTRC sekaligus. Pengguna boleh mengakses fungsi KTRC melalui skrin paparan TFT berwarna yang disertakan.

Bagaimanapun, kedua-dua model kekal dikuasakan oleh enjin kembar selari 649cc yang menawarkan 67.3hp pada 8,000rpm dan 65.7Nm pada 6,500rpm. Kerangka trellis keluli juga dikekal dan dipadankan dengan fork teleskopik 41mm di hadapan dan penyerap hentak jenis ‘back-link’ di belakang.

Adakah model 2023 ini turut diperkenalkan bagi pasaran tempatan melalui pengedar baharu MODENAS? Kita hanya menunggu untuk pengumuman rasminya nanti.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah