Categories: Berita

Harley-Davidson X440 dilancarkan secara rasmi di India

HARLEY-DAVIDSON X440 DIDATANGKAN DENGAN ENJIN HEROMOTOCORP TETAPI TERUS KEKAL SETIA PADA INTIPATI MILWAUKEENYA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Harley-Davidson telah melancarkan Harley-Davidson X440 secara rasmi di India selepas beberapa minggu viral ‘mengacah’ motosikal itu.

Dibangunkan dengan gergasi India Hero MotoCorp, motosikal berkapasiti 440cc silinder tunggal itu hadir dalam tiga varian. Julat harga bermula dari INR 229,000 (RM13k) hingga INR 269,000 (RM15k) sahaja.

Hero MotoCorp membangunkan enjin motosikal itu tetapi keseluruhan X440 masih menerima sentuhan Harley-Davidson di Milwaukee, Amerika Syarikat. Oleh itu, kita masih boleh melihat gaya Harley-Davidson dalam rupa keseluruhan X440 ini.

Related Post

Untuk rekod, Harley-Davidson X440 ini menampilkan enjin 440cc dengan sistem penyejukan udara/minyak. Enjin itu mampu menjana 27hp pada 6,000rpm dan 38Nm pada 4,000rpm. Kuasa enjin dihantar ke tayar belakang melalui transmisi manual 6-kelajuan.

Sistem suspensi didatangkan melalui fork USD 43mm dari KYB di hadapan dan dua penyerap hentak di belakang. Pakej brek terdiri daripada cakera brek depan 320mm dan belakang 240mm dipadankan dengan angkup ByBre dan ABS dwi-saluran.

Walaupun merupakan salah satu motosikal Harley-Davidson mampu milik, model ini masih menawarkan ciri premium termasuk panel meter TFT 3.5 inci dan lampu LED.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah