Categories: Berita

MForce bersedia memperkenalkan jenama MBPMoto di KLBS2023

JENAMA ITALI MBPMOTO, ANAK SYARIKAT KEEWAY, BERSEDIA UNTUK MEMBUAT DEBUTNYA DI MALAYSIA PADA OGOS INI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

MForce Bike Holdings Sdn Bhd bakal mengembangkan jenama motosikal di Malaysia kali ini dengan pengenalan MBP (Moto Bologna Passione) Moto.

MForce membuat pengumuman itu pada program TOP68 Educational Tour Sales Campaign 2022 di Pattaya, Thailand, baru-baru ini. Selaras dengan pengumuman itu, MForce mempamerkan beberapa model daripada MBP.

Related Post

Peminat motosikal Malaysia akan dapat menyaksikan rangkaian dan daya tarikan MBPMoto pada Pameran Motosikal Kuala Lumpur 2023 (Kuala Lumpur Bike Show 2023) yang akan berlangsung Ogos ini di WTC Kuala Lumpur. Jenama itu akan membuat pelancaran rasminya pada acara itu, bertujuan untuk menarik perhatian ramai orang tempatan.

Masih belum ada sebarang pengesahan model mana yang akan tiba di negara ini. Namun, antara model yang kami harap dapat lihat di sini ialah motosikal jenis cruiser C650V dan motosikal adventure T1200V.

Untuk rekod, MBPMoto adalah jenama dari Itali dengan kilang pengeluaran yang terletak di China. MBPMoto juga merupakan anak syarikat Keeway yang juga berada di bawah payung QJ Motor bersama Benelli.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah