Categories: BeritaKonsep & Kustom

Lazareth mendedahkan sebuah teaser untuk motosikal kustom mereka “La Moto Volante”

Motosikal kustom memang merupakan satu sektor yang amat menarik dalam industri motosikal. Antaranya adalah, superbike ke motosikal yang mampu ditunggang atas air dan hingga kini tiada batasan untuk kreativiti dalam industri ini. Dengan itu, pembina motosikal kustom Perancis Ludovic Lazareth adalah satu contoh kreativiti tiada batasan dalam industri ini dengan melepaskan satu teaser yang menunjukkan sebuah motosikal dengan empat roda dan dilengkapi dengan roda jet turbin yang boleh dilaraskan untuk menukar motosikal ini kepada sebuah hoverbike.

Model yang dilihat dalam teaser itu menyerupai LM-847 yang merupakan ciptaan Lazareth sebelum ini yang dilengkapi dengan enjin Maserati yang mempunyai sebanyak 470 hp dalam casis empat roda. Setiap roda dipasang kepada swingarm tersendiri.

Bagi “La Moto Volante” (motosikal terbang), kesemua swingarm pada motosikal itu telah diubahsuai supaya mereka boleh dilipat kedalam apabila motosikal ini berada dalam posisi central stand supaya roda dapat berputar sehingga mereka duduk mendatar.

Related Post

Motosikal ini dikuasai oleh jet turbin besar dengan exzosnya menghadap ke bawah yang memberikan ia satu platform teras seperti drone 4-prop.

Projek ini dibangunkan dengan kerjasama dari Jetcat, sebuah syarikat Jerman yang mereka jet turbin yang digunakan oleh “Jetman” Yves Rossi serta pesawat exsperimen NASA/Skunk Works X-56A dan lain-lain lagi.

 

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan