Categories: Berita

Shoei mereka sebuah topi keledar khas X-Spirit lll selepas kemenangan Marquez

Ia bukan satu kejutan apabila pengedar topi keledar mereka edisi khas untuk topi keledar popular mereka dan bagi jenama yang menaja pelumba motosikal terkenal di dunia, edisi terhad tersebut memang sesuatu untuk dikagumi.

Pengilang topi keledar Jepun Shoei mendedahkan di Motegi, X-Spirit lll, topi keledar yang dibangunkan untuk kegunaan perlumbaan dan ia juga adalah topi keledar yang Marc Marquez guna semasa menunggang motosikal Repsol Honda.

Untuk meraikan kemenangan Marquez di Motegi, dimana dia memenangi juara dunianya ke-7 dan kelima di MotoGP, Shoei Japan telah mereka cipta reka bentuk baru untuk X-Spirit III. Grafik emas dilakukan oleh Dave Design, yang mendapat inspirasi dari videogames klasik 8 Bit, tema sama yang dipilih oleh Marquez untuk meraikan kemenangan MotoGP di Motegi.

X-Spirit lll khas ini mempunyai nombor 1 besar pada bahagian atas dan grafik “Level 7”  pada sisinya, kedua-dua dalam emas serta penaja peribadi Marquez.

Related Post

Kami tidak pasti sama ada rekaan ini akan dijual tetapi memandangkan Shoei telah mengeluarkan replika khas helm Marquez sebelum ini, jika terdapat peminat yang menunjukkan minat yang besar untuk membeli edisi MotoGP 2018 ini, maka Shoei mungkin bersetuju untuk menjualnya kepada para pelumba di seluruh dunia.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan