SATU SET FAIL PATEN BARU MENUNJUK HONDA INGIN MENGGUNA SEBANYAK LAPAN SAYAP AERODINAMIK PADA MOTOSIKAL.

Fail paten yang didaftar oleh pengeluar biasanya tidak bermakna apa-apa. Kebanyakan fail paten yang kami lihat tidak sampai ke tahap pengeluaran. Ia hanya satu cara untuk mengelakkan idea daripada diguna oleh pengeluar saingan.

Beberapa minggu yang lalu sebelum EICMA Milan Motorcycle Show, satu set fail paten dari Honda menjadi umum. Pada fail tersebut, kami lihat jenama Jepun ini berusaha terhadap sayap aerodinamik aktif  bagi CBR 1000 RR-R Fireblade baru bersama dengan cermin aerodynamik khas.

Namun, Honda tidak mengguna sebarang perkara di atas pada superbike baru.

Kini, laman web British, Bennetts, mendedahkan fail paten baru yang menunjukkan pakej aerodinamik baru. Pakej ini mengguna sebanyak lapan sayap aerodinamik!

Related Post

Skema yang dilihat pada paten ini mengguna fairing motosikal yang seiras seperti CBR 1100 Super Blackbird XX lama. Adakah Honda CBR 1100 Super Blackbird XX kembali?

Honda mungkin hanya mempelajari idea mengguna lebih banyak sayap pada motosikal mereka. Tetapi penggunaan begitu banyak sayap pada sport tourer seperti Super Blackbird XX memang masuk akal.

Generasi baru akan mempunyai enjin berkuasa seperti yang dilihat pada CBR 1000 RR-R Fireblade. Dengan 217 hp, enjin empat silinder selari mungkin mendapat peningkatan sesaran. Mungkin sehingga 1100 cc atau 1200 cc.

Kuasa tidak perlu begitu tinggi seperti pada Fireblade. Super Blackbird XX harus mempunyai sekitar 200 hp. Bahagian yang terbaik ialah tork curve, jauh lebih baik pada tahap rendah hingga pertengahan rpm.

Mengguna begitu banyak sayap pada motosikal memang logik, terutamanya jika motosikal mencapai kelajuan tinggi. CBR 1100 Super Blackbird XX yang asal adalah antara motosikal sport-touring terpantas yang ketika Honda menunjuknya buat kali pertama.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan