Categories: Berita

Cagiva dilahir semula sebagai jenama motosikal elektrik tiba 2021

CAGIVA, DIMILIK OLEH MV AGUSTA, SEDIA UNTUK KEMBALI SEMULA DENGAN MOTOSIKAL ELEKTRIK KECIL DAN BERPATUTAN TIBA 2021.

Cagiva mula menghasil motosikal kuasa gas sejak 1978. Dikenali dengan kejayaan mereka dalam sukan motor dan Mito sporty yang mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia. Namun, syarikat ini melalui pelbagai pemilikan dan susunan semula dan motosikal terakhir dilancarkan pada 2012 di bawah pemilikan MV Agusta.

CAGIVA ELEKTRIK

Menurut beberapa sumber, MV Agusta membawa kembali Cagiva untuk membangun motosikal elektrik. Tujuan rancangan ini adalah untuk menaikkan sasaran jualan dari 3,000 unit ke 25,000 unit.

Melalui pelan ini, Cagiva akan dilahir semula sebagai jenama “jentera elektrik bandar” jelang 2021. Cagiva yang dilahir semula akan menghasilkan motosikal elektrik untuk tunggangan bandar. Rancangan ini bertujuan untuk menolak MV Agusta untuk memasuki pasaran motosikal elektrik menurut CEO Timur Sardarov.

Seperti dipetik dari Riders Drivemag, “pengeluaran Cagiva akan sambung semula awal tahun depan dan akan didedikasikan kepada jentera elektrik bandar,” kata Sardarov.

Related Post

“Tetapi kita tidak akan mengeluarkan skuter, hanya motosikal. Senang untuk ditunggang, bawah 4kW kerana buat masa ini tiada sesiapa yang menghasil lebih dari ambang itu dan mendapat keuntungan. Dalam 6 atau 7 tahun, ia mungkin untuk capai keuntungan sama tahap seperti kenderaan 350cc, tambah Sardarov.

Dari segi reka bentuk dan spesifikasi produk, kami tidak sabar untuk melihat apa yang ditawarkan oleh MV Agusta. Dengan pengumuman baru-baru ini mengenai barisan produk terbaharu mereka dan perkongsian mereka dengan pengeluar kereta Cina Loncin. MV Agusta kini semakin meningkat dalam tahun-tahun yang datang.

VOGE ER10

Sebelum ini, di bawah garis premium Loncin, VOGE, Loncin melancarkan VOGE ER 10 di EICMA 2019 di Milan. ER10 adalah motosikal elektrik lebuh raya untuk kegunaan bandar. Bolehkah Cagiva baru menjadi seiras dengan ER10? Kita akan tunggu dan lihat apa yang MV Agusta hasil dalam tahun-tahun yang akan datang!

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan