MV AGUSTA SECARA RASMI MENGUMUMKAN DUA SKEMA WARNA BARU BAGI SUPERBIKE NEO-RETRO, THE SUPERVELOCE 800. INI ADALAH SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU!

MV Agusta mendedah Superveloce 800 Serie Oro gaya retro lebih dari 18 bulan lalu di EICMA 2018. Setahun kemudian, mereka mempamerkan Superveloce 800 yang sedia untuk pengeluaran di EICMA 2019. Kami semua harap untuk lihat motosikal tersebut pada Mac 2020. Manakala terdapat penangguhan oleh sebab wabak COVID-19. Namun, kami dapat lihat limat unit pertama Superveloce 800 Serie Oro minggu lepas selepas mereka sambung operasi.

Tambahan pula, MV Agusta mengumumkan dua skema warna baru untuk Superveloce 800! Menurut MV Agusta, untuk memilih kombinasi yang paling menarik, pereka MV Agusta telah mendengar dari kritik terbesarnya: Para peminat MV Agusta!

ADRIAN MORTON, PENGARAH REKA BENTUK DI PUSAT PENYELIDIKAN MV AGUSTA CRC, MENGESAHKAN PENDEKATAN BERORIENTASIKAN PELANGGAN INI:

“Selepas pembentangan Superveloce 800 di Milano, kami mengambil maklum balas dari orang ramai dan pengimport dan memutuskan untuk membuat dua skema warna; kedua-duanya dengan rangka kemasan emas, yang menonjolkan tema neo-retro, menonjolkan gaya melengkung dan menyesuaikan model dengan nilai jenama kami.”

AGO RED DAN AGO SILVER

  

Related Post

Varian warna pertama menandakan warna korporat klasik MV Agusta, Ago Red dan Ago Silver; berkaitan dengan motosikal lumba pertama yang dibangunkan oleh MV Agusta yang mendominasi tempat perlumbaan Grand Prix selama bertahun-tahun. Di samping itu, roda emas dan perincian rangka diilhamkan oleh mesin lumba Itali baka tulen dari masa lalu untuk mencipta ciri khas yang kaya.

METALLIC CARBON BLACK DAN DARK METALLIC MATT GREY

  

Varian warna kedua; Metallic Carbon Black dan Dark Metallic Matt Grey datang dengan ciri-ciri terperinci emas pada roda dan rangka. Juga, kombinasi warna ini memberikan rasa tenang yang canggih; sinonim dengan perlumbaan Formula1 tahun 70-an yang menyediakan alternatif yang kaya namun terkawal untuk warna Korporat MV Agusta.

SPESIFIKASI, MAKLUMAT DAN PILIHAN MV AGUSTA SUPERVELOCE 800

Sumber: MV Agusta

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan