Categories: BeritaSukan Motor

Legenda MotoGP Carlo Ubbiali meninggal dunia pada usia 90

CARLO UBBIALI MENCIPTA SEJARAH DENGAN PENCAPAIAN BESARNYA DALAM KELAS 125CC DAN 250CC.

Carlo Ubbiali | Sumber gambar: Juniper Sports

Pelumba MotoGP legenda Carlo Ubbiali telah meninggal dunia pada usia 90 tahun. Pelumba Itali telah melakar sejarah pada awal perlumbaan Grand Prix dengan menjadi pesaing pertama yang benar-benar berjaya dalam kelas 125cc dan 250cc.

Ubbiali dilahirkan di Bergamo pada 1929. Dia mengambil bahagian dalam musim pertama World Championship 1949 dan memenangi Grand Prix pertamanya pada tahun berikut. Beliau mendapat gelaran pertamanya pada 1951 dan mengumpul sebanyak sembilan gelaran dalam kelas kecil sebelum bersara pada 1960.

Sumber gambar: BikeSport news

Kemenangan kejuaraan pertamanya adalah pada 1951 dan didapati atas jentera Mondial dalam kelas 125cc. Manakala, pada musim depan dia kalah kepada penunggang MV Agusta Cecil Sandford. Ini mungkin adalah salah satu sebab Ubbiali bercadang untuk menukar ke pengeluar lain. Selepas menyertai MV Agusta pada 1953, dia kekal bersama syarikat tersebut untuk baki hari perlumbaannya. Beliau kemudian mendapat kejuaraan 125cc pada 1955.

Related Post

Ubbiali turut menyertai perlumbaan pertamanya dalam kelas 250cc dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk beliau menang dan menjadi juara dunia bagi 125 dan 250 pada 1956 dengan memenangi setiap perlumbaan bawah kategori suku liter.

Sumber gambar: Teller Report

Ubbiali menambah lagi satu lagi piala 125cc ke kabinet pialanya pada tahun 1958, sebelum melengkapkan kariernya yang menakjubkan dengan dua lagi kemenangan berganda 125 dan 250 pada tahun 1959 dan 1960.

Ubbiali bersara dari sukan ini pada usia 31 tahun dengan sembilan Kejuaraan Dunia, yang menyaksikannya kekal sebagai salah satu nama yang paling dihiasi dalam sejarah sukan ini, di samping rakan-rakan hebat seperti Giacomo Agostini (15 gelaran), Angel Nieto (12 + 1) , Mike Hailwood (9), Valentino Rossi (9), dan Juara Dunia semasa Marc Marquez (8).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah