Categories: Berita

Berpeluang memenangi Yamaha Y15ZR V2 dengan satu pembelian

SEMPENA TAYANGAN FILEM REMP-IT 2 YANG AKAN BERADA DI PAWAGAM PADA 5 MEI INI, JENAMA RANTAI MOTOSIKAL POPULAR RK MENAWARKAN PELUANG MEMENANGI SEBUAH YAMAHA Y15ZR V2.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Untuk layak menang Y15ZR V2 dan beberapa hadiah lain, anda hanya perlu membeli rantai RK GB415HRU Edisi Khas RK x REMP-IT 2.

Setiap pembelian rantai edisi khas melayakkan pembeli untuk menebus dua tiket filem Remp-It 2.

Pelanggan perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada kotak rantai edisi khas dan mengikut arahan yang disertakan.

Related Post

RK kemudian akan menghubungi pembeli yang telah mendaftar untuk memaklumkan tarikh dan masa filem Remp-it 2.

Antara hadiah menarik yang menanti selain hadiah utama Y15ZR V2 adalah topi keledar Shoei J-Cruise II (edisi khas RK), Air Jacket Alpinestars, sarung tangan Alpinestars, baju t-shirt Alpinestars dan set hadiah RK.

Menurut RK, peraduan cabutan bertuah akan berlangsung sehingga 19 April ini dengan senarai pemenang akan diumumkan di Facebook dan Instagram rasmi RK Takasago Chain Malaysia.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah