Categories: Berita

Motosikal moden retro GPX POPz 110 memasuki pasaran Jepun

GPX POPZ 110 ADALAH PROJEK TERBARU THAILAND DAN MEREKA BERSEDIA UNTUK MEMASUKI PASARAN JEPUN UNTUK MENCABAR PASARAN HONDA CUB.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Thailand adalah antara negara yang terkenal dengan pengubahsuaian pada motosikal klasik. Terdapat banyak versi Honda Cub yang telah diubah suai dan mendapat pengiktirafan seluruh dunia.

Minat untuk membuat pengubahsuaian kepada motosikal klasik dan retro adalah antara objektif utama pengeluar motosikal Thailand. Dengan itu, GPX telah memperkenalkan PopZ 110.

Walaupun jenama itu dianggap kurang dikenali di negara lain, GPX telah mendapat perhatian ramai pengguna di Thailand dan beberapa negara Asia lain termasuk Jepun.

Related Post

Dalam perkembangan terkini, GPX bersedia untuk mencabar pasaran motosikal Cub di Jepun menerusi GPX POPz 110 miliknya.

Walaupun Honda Cub menampilkan ciri-ciri retro, POPz 110 menggabungkan ciri moden dan klasik sambil mencipta aura berbeza. Walaupun ada elemen Cub, POPz 110 nampaknya berjaya membawa imej tersendiri dan tidak dituduh sebagai Cub tiruan.

GPX POPz 110 dikuasakan oleh enjin satu silinder 109cc dengan penyejukan udara dan dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan separa automatik.

Motosikal ini turut dilengkapi dengan fork teleskopik depan, brek cakera depan 220mm dan brek dram belakang serta rim aloi. Ia menampilkan lampu LED, meter separa digital LCD, rantai DID 428D dan mempunyai berat yang dihadkan pada 100kg.

GPX POPz 110 didatangkan dengan tanda harga JPY264,000 (RM9.4K) di Jepun manakala di Malaysia, motosikal retro moden ini berharga RM5,200 sahaja.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah