Categories: Berita

Husqvarna Norden 901 dilancar di Malaysia pada RM98,800

HUSQVARNA MENAMPILKAN SEGMEN TRAIL DENGAN NORDEN 901, MOTOSIKAL YANG SANGAT SERBAGUNA DARI BARISAN 2022 MEREKA YANG SEMPURNA UNTUK KEGUNAAN HARIAN DAN PENGEMBARAAN OFF ROAD.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Selepas diperkenalkan sebagai jentera konsep semasa pameran motosikal EICMA 2019, Husqvarna secara rasmi memperkenalkan Norden 901 secara global pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas lebih lapan bulan, motosikal ‘adventure’ pertama syarikat motosikal Sweden itu akhirnya diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada harga RM98,800.

Walaupun dibina di atas platform KTM 890 Adventure, Norden 901 ini hadir dengan reka bentuk yang jauh berbeza. Panel badan Norden 901 kelihatan lebih menyerlah dan lebar berbanding 890 Adventure yang lebih minimalis dan langsing.

Related Post

Namun, enjin kembar selari 890cc yang menguasakan Norden 901 masih menawarkan 103hp dan 100Nm.

Husqvarna Norden 901 ini turut didatangkan dengan rim depan 19″ dan belakang 18″, serta dipadankan dengan tayar Pirelli Scorpion Rally STR (tanpa tiub) yang sesuai digunakan untuk permukaan atas jalan dan luar jalan.

Apa yang menarik ialah sistem suspensi depan WP Apex yang menawarkan jarak gerak yang lebih tinggi berbanding KTM iaitu 215mm dan 220mm berbanding 200mm pada 890 Adventure.

Norden 901 turut dilengkapi dengan ciri-ciri elektronik moden termasuk tiga mod tunggangan (Hujan, jalan dan Luar Jalan) manakala pelanggan juga boleh memilih mod ‘Explore’ yang ditawarkan secara kompetitif.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah