Categories: Berita

MV Agusta Lucky Explorer 5.5 untuk masuk pasaran Malaysia?

DENGAN KILANG PEMASANGAN GLENMARIE BAHARU, KITA BOLEH JANGKAKAN MODEL MV AGUSTA YANG LEBIH BARU AKAN DIPASANG SECARA TEMPATAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama MV Agusta akan kembali ke Malaysia menerusi MV Agusta Malaysia Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat AFY Mobility Sdn Bhd (AMI) yang diketuai Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya.

Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Timur Sardarov telah memaklumkan bahawa semua model MV Agusta akan dipasang di kilang pemasangan Glenmarie, Shah Alam. Ini bermakna model MV Agusta yang akan dilancarkan di Malaysia adalah melalui pemasangan tempatan (CKD).

CKD sememangnya langkah terbaik untuk memasarkan motosikal jenama premium dari Itali pada harga yang lebih kompetitif. Namun, sebagai jenama premium, kami tidak menjangka model MV Agusta yang dijual di sini akan datang pada harga yang murah. Tidak dinafikan, kita boleh menjangkakan pelancaran model F3, Turismo Veloce dan Brutale di sini.

NAMUN, YANG MENARIK KINI ADALAH MODEL 550CC DENGAN KERJASAMA MOTOSIKAL QIANJIANG (QJMOTOR), MV AGUSTA LUCKY EXPLORER 5.5.

Lucky Explorer 5.5 ini menampilkan enjin kembar selari 550cc yang diambil daripada Benelli TRK 502. Bagaimanapun, MV Agusta telah meningkatkan lubang dan lejang kepada 70.5mm x 71mm daripada 69mm x 66.8mm.

Related Post

Walaupun mempunyai enjin dan kerangka yang sama seperti TRK 502, reka bentuk keseluruhan Lucky Explorer 5.5 lebih menarik dan didatangkan dengan spesifikasi lebih tinggi termasuk angkup brek Brembo.

Untuk rekod, MV Agusta telah mendedahkan Lucky Explorer 5.5 bersama-sama dengan Lucky Explorer 9.5 semasa pameran EICMA tahun lepas.

Lucky Explorer 5.5 telah mendapat perhatian ramai kerana model itu menunjukkan usaha jenama itu untuk menawarkan model yang lebih mampu milik bagi pasaran global termasuk di Asia.

Dengan pelantikan MV Agusta Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi jenama Itali itu, berkemungkinan besar model itu yang dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini, akan turut mendapat tempat di Malaysia.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah