Categories: Berita

Yamaha SR400 Black Gold Edisi Terhad dilancar di Thailand

BAGI MERAIH ULANGTAHUN KE-44, YAMAHA THAILAND TELAH LANCAR 400 UNIT BLACK GOLD EDISI TERHAD YAMAHA SR400.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Baru-baru ini terdapat khabar angin mengatakan Hong Leong Yamaha Motor akan mengeluarkan semula motosikal ikonik, Yamaha RXZ untuk pasaran tempatan. Sudah pasti khabar angin itu adalah palsu tetapi peminat motosikal Yamaha klasik di Thailand boleh bersorak kerana Yamaha Thailand masih mengeluarkan model klasik tersebut, seperti SR400.

Yamaha SR400 mula dikeluarkan pada 1978 dan dipasarkan di Jepun sebelum diperkenalkan di pasaran dunia lain selepas itu termasuk di Thailand. Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-44, Yamaha Thailand memperkenalkan SR400 Black Gold Edisi Terhad.

Model istimewa itu terhad kepada pasaran Thailand sahaja dan didatangkan dalam warna ‘Black Gold’ sepadan dengan warna model pertama yang dikeluarkan pada 1978.

Related Post

Dikuasakan oleh enjin 399cc 4-lejang SOHC dengan penyejukan udara, Yamaha SR400 menawarkan 22.9hp pada 6,500rpm dan 27.4Nm pada 3,000rpm. Seperti model sebelum ini, SR400 edisi terhad ini menggunakan ‘kickstarter’ tetapi telah dinaik taraf dengan sistem ‘fuel injection’ dan bukannya karburetor.

Sistem suspensi didatangkan dengan fork teleskopik di depan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Brek dikendalikan oleh brek cakera depan 298mm dan brek dram belakang. Melengkapkan rupa Yamaha SR400 edisi terhad ini ialah penggunaan rim jejari 18 inci dengan tayar jenis tiub.

Apa yang paling menarik ialah hanya 400 unit Yamaha SR400 edisi ulang tahun ke-44 ini ditawarkan untuk pasaran Thailand dengan setiap unit disertakan dengan nombor istimewa.

Menurut laporan di Thailand, Yamaha SR400 Edisi Ulang Tahun Ke-44 dijual pada harga THB309,000 (RM38k).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah