Categories: Berita

Moto Morini X-Cape 650 ADV-R 2023 dilancar di Itali

MOTO MORINI X-CAPE 650 ADV-R 2023 YANG TERBARU ADALAH VARIAN TERBARU PENGELUAR BAGI MODEL X-CAPE 650.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Motosikal Moto Morini jenama Itali dipasarkan di Malaysia melalui pengedar rasminya, MForce Bike Holdings. Untuk pasaran tempatan, Moto Morini kini menawarkan X-Cape 650 yang merupakan motosikal ADV mid-range.

Bagaimanapun, Moto Morini baru-baru ini telah memperkenalkan satu lagi varian kepada model X-Cape 650 iaitu X-Cape 650 ADV-R.

Sehingga kini, X-Cape ADV-R masih lagi model konsep tetapi tidak dinafikan pihak pengeluar akan memulakan peringkat pengeluaran model tersebut tidak lama lagi.

Berbanding X-Cape 650 dan X-Cape 650 X, kedua-duanya menawarkan kebolehan untuk menjadi jentera ‘touring’ dengan kemampuan mengembara ringan ‘off-road’, versi ADV-R adalah jawapan Moto Morini sebagai motosikal ‘off-road’ sebenar.

Related Post

Moto Morini telah mengasaskan X-Cape ADV-R pada model X-Cape 650. Walau bagaimanapun, model ini dilengkapi dengan beberapa peningkatan. Ini termasuk pelindung enjin, tempat duduk yang lebih tinggi, tayar ‘off-road’ dan ekzos SC-Project.

Motosikal itu turut menampilkan peningkatan seperti reka bentuk panel badan baharu yang berfungsi untuk melindungi penunggang, ‘bash plate’, dan pelindung cakera brek.

Menurut Moto Morini, model konsep itu turut menawarkan sistem navigasi Garmin.

Untuk rekod, Moto Morini X-Cape 650 menampilkan enjin kembar selari 649cc. Ia mampu menghasilkan 60hp pada 8,250rpm dan 56Nm pada 7,000rpm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah