Categories: Berita

Pulsar Dareventure Malaysia akhirnya tamat dan mempunyai pemenang!

RANCANGAN MOTOSIKAL REALITI AKHIRNYA TAMAT DENGAN LEONG CHOON YIP SEBAGAI PEMENANG PERTAMA PULSAR DAREVENTURE MALAYSIA

Leong Choon Yip , Pulsar Dareventure Malaysia Winner | Sumber gambar: Car Sifu

Selepas lapan episod menarik yang dipaparkan di Youtube, rancangan realiti motosikal pertama Malaysia telah berakhir. Pulsar Dareventure edisi Malaysia yang diurus oleh Modenas adalah satu pengembaraan yang hebat. Kedua-dua peserta dan penonton menikmati banyak keseronokan sepanjang perjalanan luar biasa ini.

Akhirnya, Leong Choon Yip mengambil pulang kemenangan serta hadiah utama. Dia mendapat jumlah wang RM5000 dan juga Pulsar NS200 baru. Ini adalah motosikal yang para peserta telah guna untuk selesai setiap cabaran yang mereka hadapi di Pulsar Dareventure Malaysia.

Related Post

Semasa kesemua lapan episod, para peserta dikehendaki untuk menghadapi pelbagai cabaran. Dari paintball semasa menunggang ke berlari melalui Kellie’s Castle di Batu Gajah ataupun berlumba di litar Speedway PLUS Circuit di Subang. Kita semua menonton di Youtube bagaimana mereka menyelesaikan cabaran.

Paavigness Rao A/L Chandarh Roo dari Jempol mendapat tempat kedua dalam Pulsar Dareventure Malaysia. Tempat terakhir podium dicapai oleh Nik Norparhana Yamin Nik Wel dari Kepala Batas. Paavigness mengambil pulang RM3000 dan Modenas V15, manakala Ms.Nik Wel mendapat RM1500 dan Modenas Kriss MR2.

Anda boleh lihat kesemua lapan episod Pulsar Dareventure Malaysia di Youtube (klik di sini untuk lihat)

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan