Categories: Berita

Hyosung Motorcycles pulang ke pasaran India dengan Mirage 250 baru

Pengilang Korea, Hyosung Motorcycles telah menetap matlamat mereka untuk kembali ke pasaran India dengan cruiser Mirage 250. Syarikat ini telah bekerjasama dengan Kinectic Group dibawah jenama Motoroyale. Motosikal baru ini akan dilancarkan pada September 2018.

Hyosung Motorcycles sebelum ini telah terlibat dalam pasaran India di bawah perkongsian DSK-Motowheels. Apabila masalah kewangan melanda rakan mereka, Hyosung tidak mempunyai pilihan selain menghentikan semua operasi di India.

Mirage 250 akan mengganti Aquilla 250 yang lama. Ia akan menjadi siri kedua untuk Hyosung di India. Motosikal baru ini akan mempunyai gaya minimal.

Related Post

Ia dilengkapi dengan tangki minyak 15 liter dalam bentuk air mate, roda multi-spoke dengan pelindung lumpur besar depan dan belakang. Motosikal ini juga mempunyai kluster instrumen single-pod, lampu depan bulat dengan LED, serta lampu LED belakang. Belum lagi, ia mempunyai hendal seperti ‘tanduk lembu’, yang menawarkan kedudukan menunggang lebih sporty.

Mirage 250 mempunyai enjin V-kembar 250cc, dikemaskini untuk mematuhi undang-undang Euro5. Ia menjana 25.8hp dan 21.7Nm tork dan mempunyai roda 19 dan 16 inchi depan dan belakang. Braking ditangani oleh cakera pada kedua-dua bahagian depan dan belakang, dengan ABS dwi-saluran sebagai standard.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan