Categories: Berita

Pengambilan Rider AEON Dengan Kontrak 1 Tahun dan Motosikal Percuma!

AEON MALAYSIA KINI MENGAMBIL PENGHANTAR PESANAN DAN AKAN MEMBERI MEREKA MOTOSIKAL PERCUMA SELEPAS TAMAT KONTRAK SETAHUN! INISIATIF INI ADALAH UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG HILANG PEKERJAAN OLEH SEBAB WABAK COVID-19.

AEON Malaysia kini mengambil penghantar pesanan dan memberi mereka motosikal untuk menghantar barang dari francais mereka. Tambahan pula, selepas tamat kontrak 1 tahun, para penunggang boleh menyimpan motosikal mereka untuk percuma!

Ini adalah satu inisiatif yang sangat bagus dari AEON untuk membantu orang yang telah kehilangan sumber pendapatan akibat krisis ekonomi yang disebabkan oleh wabak Covid-19 dan motosikal percuma memang adalah bonus yang hebat!

Related Post

SYARAT DAN KELAYAKAN

  1. Kontrak kerja selama satu (1) tahun
  2. Waktu bekerja dari 11pg – 6ptg termasuk hari minggu/cuti am
  3. Satu (1) hari cuti diberikan setiap minggu
  4. Berumur di antara 25 ke 40 tahun
  5. Warganegara Malaysia
  6. Kehilangan pekerjaan disebabkan oleh pandemik Covid-19 (sila sertakan bersama dokumen berkenaan. Contoh: surat diberhentikan kerja)
  7. Mempunyai lesen memandu yang sah (B/B2)
  8. Tidak mempunyai sebarang jenis kenderaan (kereta/motosikal)
  9. Tiada rekod jenayah
  10. Bersikap positif semasa kerja
  11. Latihan disediakan
  12. Tertakluk kepada terma & syarat

SumberAEON Rider 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan