Categories: Berita

Hakim Danish pelumba Malaysia pertama meraih podium di ETC

HAKIM DANISH MEMPEROLEH KEMENANGAN PODIUM PERTAMANYA DI EROPAH SELEPAS MENDAPAT TEMPAT KEDUA DI ESTORIL, PORTUGAL.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pelumba muda negara, Hakim Danish berjaya mencipta nama selain melakar rekod baharu sejarah dalam sukan permotoran negara apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam Race 2 European Talent Cup yang berlangsung pada Ahad.

Kejayaan di Litar Estoril, Portugal itu turut menyaksikan Hakim menjadi pelumba Malaysia pertama berjaya menaiki podium di ETC.

Related Post

Walaupun berada lebih 7 saat di belakang juara Joel Estaban, Hakim mempamerkan aksi cemerlang bagi mengekang tekanan enam pelumba lain bagi memastikan kedudukan kedua menjadi miliknya sekali gus meningkatkan kedudukan kelima Perlumbaan 1.

Bagaimanapun, kejayaan menduduki P5 dalam Perlumbaan 1 dan P2 dalam Perlumbaan 2 telah meletakkan Hakim di tempat kedua dalam kejuaraan ETC musim ini.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Litar Ricardo Tormo pada 22 Mei.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah