Categories: Berita

LiveWire Del Mar dilancar dengan 100 unit – habis dijual!

LIVEWIRE S2 DEL MAR LAUNCH EDITION HABIS DIJUAL 18 MINIT SELEPAS PELANCARANNYA. TANDA HARGA SEKITAR USD 15,000 (RM65,761).

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Sudah tiga tahun sejak Harley-Davidson memperkenalkan motosikal elektrik sulungnya melalui LiveWire.

Nama LiveWire kemudiannya ditukar kepada jenama motosikal elektrik bawah Harley-Davidson dengan motosikal LiveWire dinamakan semula sebagai LiveWire One.

Tidak lama kemudian, timbul khabar angin bahawa LiveWire akan mengembangkan portfolio syarikat dengan model baharu yang diilhamkan daripada motosikal ‘flat-track’. Khabar angin itu akhirnya menjadi kenyataan apabila LiveWire mendedahkan Del Mar, sebuah motosikal elektrik yang lebih ringan dan sesuai untuk tunggangan ‘off-road’.

LiveWire memperkenalkan Del Mar edisi terhad yang didatangkan dengan warna dan rim istimewa selain menamakan model baharu itu sebagai Del Mar Launch Edition.

Related Post

Terhad kepada 100 unit, Del Mar Launch Edition ini didatangkan dalam dua pilihan warna, Comet Indigo dan Jasper Grey dengan nombor siri turut dicat di bahagian tepi tangki.

Apa yang lagi menarik, 18 minit selepas pelancaran, kesemua 100 unit telah pun terjual.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, LiveWire Del Mar dibangunkan daripada platform S2 Arrow yang merangkumi bateri, motor, pengecas dan sistem kawalan. Platform ini juga dijangka mencipta lebih banyak model elektrik pada masa depan.

Menurut info, LiveWire Del Mar ini menawarkan 80hp dan berat sekitar 199kg selain mampu mencapai jarak gerak lebih 160km/j untuk setiap cas penuh.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah