Categories: Event

Caltex Havoline dengan teknologi Zoomtech dilancarkan

Caltex memperkenalkan produk baru mereka iaitu minyak penlincir motosikal Havoline generasi baharu. Minyak pelincir generasi baru ini dibangunkan dengan teknologi C.O.R.E utamanya serta dikuatkan dengan aditif Zoomtech, dan akan meningkatkan prestasi motosikal lama dan baru.

Generasi Caltex Havoline ini diterajui oleh perdana Havoline, minyak Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 manakala minyak pelincir Super 4T yang lain dirangkumi oleh Super 4T Semi-Synthetic SAE 10W-40, Super 4T Mineral SAE 15W-40 dan SAE 20W-40 serta EZY 4T Mineral SAE 20W-40.

Selain itu, terdapat juga model Supermatic seperti Supermatic 4T Semi-Synthetic SAE 10W-40 dan Supermatic 4T Mineral SAE 10W-40. Harga untuk minyak pelincir ini bermula dari RM24 satu liter untuk minyak mineral dan Caltex Havoline Super 4T SAE 5W-40 ditawarkan pada harga RM67 setiap liter.

Related Post

Pengurus Pemarasan Serantau Pelincir Chevron Asia Pasifik, Lennard Kwek berkata “ terdapat sebanyak 46% penunggang motosikal yang sering berdepan dengan situasi kesesakan trafik dan untuk pelanggan kami, Caltex Havoline, produk berasaskan teknologi C.O.R.E, dibangunkan khas untuk keperluan tunggangan urban.

Lennard Kwek juga menambah bahawa “ ‘C’ (Clean) adalah untuk membersih serta melindungi enjin bagi meningkatkan lagi prestasi dan kecekapannya, ‘O’ (Oxidation) berdiri untuk pengoksiadaan untuk memberi perlindungan haba. Seterusnya, ‘R’ (Reduction) ialah untuk pengurangan haba enjin bagi mengelakkan kerosakkan dan ‘E’ (Enhanced) untuk peningkatan yang mampu menambah baik cengkaman klac”.

“Untuk teknologi Zoomtech, ia mampu menambah baik cengkaman klac bagi mendapatkan hantaran kuasa optimum yang akan meningkatkan lagi pecutan motosikal. Ujian dilakukan ke atas Havoline Super 4T Semi-Synthetic menghasilkan keputusan 13 peratus lebih baik berbanding pelincir lama, Havoline Super 4T Synthetic Blend SAE 10W-40,” katanya.

Akhirnya, Chevron Malaysia sedang mengadakan sebuah promosi istimewa untuk minyak pelincir generasi barunya. Dengan setiap pembelian Havoline Super 4T Fully-Synthetic SAE 5W-40 atau minyak Super 4T Semi-Synthethic SAE 10W-40, para pelanggan akan mendapat tuala mikrofibre edisi terhad secara percuma.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah