Categories: Berita

Harley-Davidson memperkenalkan barisan baru bagi 2020

HARLEY-DAVIDSON SIAP SEDIA UNTUK MELANCARKAN BARISAN TERKINI YANG BERMULA DARI RM132,400.

Electra GlideTM Standard | Sumber gambar: Harley Davidson

Harley-Davidson Motor Company Malaysia telah mengumumkan barisan motosikal bagi 2020. Ini termasuk tambahan baru pada barisan touringnya, Electra GlideTM Standard. Terdapat teknologi baru dan banyak pilihan lain dan harga bermula dari RM132,400.

ELECTRA GLIDETM STANDARD

MY20 FLHTK Electra Glide Ultra Limited. | Sumber gambar: Bikes Republic

Electra GlideTM Standard adalah satu “Dressed down Dresser” yang memberi pengalaman menunggang mentah yang asas yang diilhami dari Grand American Touring. Ia direka bagi para pelanggan yang gemar touring jenis tradisional. Electra GlideTM Standard adalah bagi penunggang yang ingin mengalami keseronokan menunggang yang benar. Pengalaman asas ini adalah elemen penting dalam reka bentuk dan kejuruteraan Standard Electra GlideTM. Model Standard ElectraTM Glide hanya ditawarkan dalam warna Hitam Vivid. Harga dari RM132,400.

MY20 FLTRXS Road Glide Special | Sumber gambar: Bikes Republic

Selain daripada Electra GlideTM Standard, Harley Davidson juga akan melancarkan yang mengagumkan dari bilik pamerannya. Ini termasuk Road KingTM, Road KingTM Special, Street GLideTM Special, Road GlideTM Special dan Ultra Limited.

Model baru dan teknologi maju menyokong pelan “More Roads to Harley-Davidson” untuk membina generasi penunggang seterusnya melalui produk baru dalam segmen tambahan motosikal, akses yang lebih luas dan komitmen untuk mengukuhkan peniaga di seluruh dunia.

Related Post

REFLEXTM DEFENSIVE RIDER SYSTEM

MY20 FLHR Road King | Sumber gambar: Paul Tan

Salah satu ciri baru yang boleh didapati pada beberapa model Touring Family 2020 adalah ReflexTM Defensive Rider System. Ia adalah koleksi teknologi baru yang boleh memadankan prestasi motosikal kepada traction yang sedia ada sewaktu pecutan, menyahpecut, dan brek dengan menggunakan kawalan casis, kawalan brek elektronik dan teknologi powertrain.

Sumber gambar: Harley Davidson

“Semangat untuk motosikal Harley-Davidson di Malaysia semakin berkembang. Oleh itu, barisan 2020 baru pasti akan memikat mereka yang ingin menunggang dengan mesin baru yang mengagumkan,” kata Johan Kleinsteuber, Pengarah Urusan, Harley-Davidson Asia Emerging Markets.

“Kami memanfaatkan keupayaan kami untuk menggabungkan gaya, prestasi dan teknologi dalam produk yang direka untuk meningkatkan pengalaman menunggang motosikal. Dengan harga kami yang bermula dari RM62,800, kami memberi kebebasan yang lebih mudah ditemui berbanding sebelum ini”.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah