BOON SIEW HONDA (BSH) RASMINYA LANCAR HONDA GL1800 GOLD WING BAHARU BAGI PASARAN TEMPATAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Untuk 2021, cruiser ini telah diubah suai dengan ciri-ciri pratikal seperti, bekas 16L dari 11L, pelana pembonceng yang lebih selesa dan sistem audio ringan baru. 

Gold Wing terkini didatangkan dengan fungsi Android Auto yang membenarkan penunggang untuk sambung ke peranti Android. 

Sementara itu, Gold Wing terbaharu tetap dikuasakan oleh enjin enam silinder SOCH 1,833cc yang menawarkan 125 hp @5,500rpm dan 170 Nm @4,500rpm.

Related Post

Menurut BSH, mereka telah meningkatkan ergonomik Gold Wing dengan mendekatkan kedudukan tempat duduk ke depan.

Mereka turut menaik taraf sistem brek dengan menggabungkan ABS dan D-CBS (Dual-Combined Brake System) yang menyumbang kepada kadar brek yang lebih cekap pada tayar hadapan dan belakang.

Honda GL1800 Gold Wing 2021 juga didatangkan dengan sistem Throttle-by-Wire yang menawarkan tunggangan 4 mod, Tour, Sport, Econ dan Rain.

Tambahan pula, Gold Wing juga dilengkapi dengan Hill Start Assist and Idling Stop, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Integrated Starter Generator.

Honda GL1800 Gold Wing 2021 didatangkan dengan tanda harga RM210,888. Ia hanya didatangkan dengan pilihan warna Pearl Glare White.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan