Categories: Berita

Pandangan pertama KTM 790 Duke 2023 – 105HP, 82.37Nm

KTM 790 DUKE 2023 BAHARU MERUPAKAN PENGENALAN SEMULA ‘SCALPEL ASLI’ PENGELUAR SELEPAS HIATUS SINGKAT.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

KTM membuat keputusan untuk menghidupkan semula 790 Duke selepas banyak permintaan dari pasaran global. Pengeluar Austria itu sebelum ini menggantikan 790 Duke dengan 890 Duke kerana mahu menghasilkan jentera yang lebih berkuasa selain perlu mematuhi piawaian pelepasan yang ketat di Eropah.

Bagaimanapun, hak untuk enjin LC8c 799cc kembar selari bukan lagi milik KTM dan sudah diserahkan kepada CFMOTO untuk pembangunan 800MT.

Oleh itu, pengeluaran semula KTM 790 Duke telah berjaya dengan CFMOTO untuk tahun 2023.

Related Post

Untuk rekod, enjin LC8c masih menghasilkan 105hp pada 9,000rpm dan 82.37Nm @ 8,000rpm. Walaupun mempunyai enjin yang sama, model 2023 ini hadir dengan beberapa ciri baharu. KTM telah memberikan peningkatan motosikal dari segi pakej elektroniknya.


Menurut KTM, 790 Duke 2023 ini didatangkan dengan mod ‘Track’ yang menyertai mod sedia ada Sport, Street dan Rain.

Model baharu ini turut dilengkapi sistem kawalan cengkaman sembilan peringkat, fungsi anti-roda, kawalan pelancaran dan tiga tetapan tindak balas enjin. 790 Duke ini turut menampilkan Mod Slip Regulation (MSR) dan mod Supermoto.

Spesifikasi lain termasuk bahagian suspensi masih sama seperti model sebelum.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah