Categories: Berita

Artisan Electric EV0 adalah skuter sukan elektrik berpatutan.

Jika anda tidak pernah dengar tentang Artisan Scooters, inilah masa untuk menikmati jentera elektrik yang indah ini. Jentera jenama Artisan Electric EV0 adalah skuter elektrik sukan yang sesuai untuk setiap kelas dan umur penunggang. Tambahan pula, ia juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dari £3,295.

Artisan Electric EV0 | Sumber gambar: Bennetts Insurance

Ciri-ciri

Artisan Electric EV0 mempunyai bateri 30ah yang tidak boleh dikeluarkan dengan kuasa motor sebanyak 3kW. Ia mampu mencapai tahap kelajuan maksimum 80km/j. Bateri skuter ini boleh mengambil selama enam jam untuk dicas sehingga penuh. EV0 mampu dicas sebanyak 800 kitaran cas. Namun begitu, bateri tersebut masih akan mengekalkan 70% keupayaan asalnya selepas kitaran cas. Voltan input ditetapkan pada 110v/220v 50-60hz.

Para penunggang boleh memilih dari dua skema warna untuk EV0, sama ada untuk merah api (fiery red) atau hijau muda (mellow green). Warna dan bahan tempat duduk boleh disesuaikan untuk menampung kepelbagaian pilihan penunggang.

Artisan Electric EV0 | Sumber gambar: Artisan Scooters

Related Post

Spesifikasi

Bagi spesifikasi skuter, kedua-dua cakera depan dan belakang EV0 menggunakan sistem brek hidraulik. Dengan berat 120kg, EV0 mempunyai dimensi [L] 1880mm x [W] 750mm x [H] 1180mm, saiz yang sempurna bagi para penunggang untuk mengendalikan skuter ini. Ia dilengkapi dengan tayar tubeless 12 inchi untuk menyokong rangkanya. EV0 mampu mencapai jarak perjalanan sebanyak 90km pada 45km/j.

Artisan Electric EV0 | Sumber gambar: Artisan Scooters

Adakah EV0 pencabar utama dalam pasaran skuter elektrik?

EV0 akan menyertai motosikal elektrik yang mengagumkan seperti Honda, Xiaomi dan mungkin Harley-Davidson. Faktanya ialah, EV0 adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin melabur dalam kenderaan yang berpatutan. Prestasi dari skuter ini akan memberi anda kepuasan dan ia adalah satu pilihan yang lebih mesra alam di kawasan bandar yang sibuk.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan